Nota..

Banyak peristiwa dan acara yang agak ketara berlaku dalam tahun 2014 ini.

Kehilangan pesawat penerbangan MH370 pasti lah menjadi antara nya. Kalau kehilangan nya telah menimbulkan seribu satu tanda tanya maka peristiwa penerbangan MH17 pula menjadi lebih jelas, ia telah di tembak jatuh!  Kedua dua nya adalah juga peristiwa dunia.

Kita juga kemudian nya menyambut keghairahan Piala Dunia. Di sebalik nama sebesar Neymar dan Messi di acara sukan terbesar dunia itu kita telah berpeluang menjadi saksi betapa pasukan yang menumpukan kepada kerjasama sepasukan  mampu menangani pasukan yang memiliki ramai pemain berkemahiran individu dan popular.

Dan selain berkontroversi gigitan pirahna si Luis Suarez di pertandingan itu kita kemudian pasti nya tercari cari juga akan jawapan kepada tahap mutu bolasepak negara kita sendiri. Lawak nya kemudian dikatakan Safiq Rahim akan bermain dengan pasukan Manchester United!

Kekejaman Israel melakukan serangan udara di Gaza bersilih ganti dengan acara acara sukan Komanwel di Glasgow.

Sukan Komanwel saja lah sukan kedua terbesar selepas sukan Olimpik yang negara kita berupaya meraih pingat emas. Satu ketika wa berpeluang menyaksikan acara terjun dari papan luncur. Di terjunan yang keempat dari jumlah enam terjunan negara kita telah mendahului lima negara kuasa besar dalam acara itu. Selepas lima terjunan Malaysia masih mendahului. Namun di terjunan terakhir pasukan GBR dan Australia telah melakukan satu terjunan cantik yang membawa pungutun mata yang banyak mengatasi mata penerjun kita. Apabila tiba giliran penerjun kita untuk terjunan terakhir untuk mengesahkan dan mengatasi semula mata yang tertinggal, wa pun tidak lagi mahu berbaring serta merta wa duduk tegak menanti. Namun terjunan mereka tidak saperti yang di harapkan, mereka terjun lalu menjunam.. berdepekkk ..dengan percikan air bersepah sepah saperti pokok kelapa tumbang. Alahaiii…

Dan Israel terus saja membedil rakyat Palestin.

Jumlah kematian rakyat awam , wanita dan kanak kanak Palestin tidak pernah menjadi makna kepada mereka, selagi seorang askar nya yang di tawan tidak di bebaskan dan di balas.

Di tanahair, kita telah lakukan segala nya. Macam macam  kita lakukan,  kita bersembahyang hajat, menderma, memprotes, berdemonstrasi dan juga memboikot. Ada juga wa syorkan , kalau kita dengan mudah memboikot Mc Donald maka akan lebih mudah jika mahu memboikot Facebook.  Server utama dan kakitangan nya lebih ramai di Amerika. Banyak pulak alasan wa terima… dan Amerika Syarikat perasan wa lebih fokus kepada isu samada mahu  melakukan serangan di Iraq..

Dan dalam bulan Ramadan yang lalu, MB Selangor, selepas hadir di Masjid Pandamaran Jaya untuk acara berbuka dan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada rakyat miskin beliau telah hadir pula di Masjid kampung wa untuk solat Isyak dan seterusnya berterawih bersama kariah kampung.

Sebelum memulakan solat terawih timbalan nazir masjid telah mengumumkan akan kehadiran beliau kepada para jemaah dan mungkin melihatkan saiz beliau, juga telah berseloroh memberitahu beliau bahawa di Masjid kami itu terawih nya adalah 20 rakaat terus menerus. Boleh ya… Tan Sri? Bolehhh…  jawab beliau dengan senyuman. Di akhir nya kami sama sama menikmati moreh yang di sediakan pihak masjid saban malam sepanjang Ramadan.

Kini MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sedang mengharungi kemelut jawatan Menteri Besar nya.

Bolehkah atau mampukah beliau terus mempertahankan nya. Percaturan dan karektor ahli ahli dan parti parti politik tanah air akan dapat kita saksikan dengan lebih ketara selepas ini.

Setelah  pulang dari mesyuarat di Istana tengah hari tadi beliau mengumumkan bahawa baginda Sultan Selangor masih mahukan nya sebagai MB. Pasti penyokong beliau mahu menjawab bagi pihak beliau kali ini.. Bolehhh.

 

Masih di bulan Syawal wa ucapkan Selamat menyambut bulan Syawal kepada semua pengunjung ke blog wa ini.

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

3 responses to “Nota..

  • ujang kutik

    Sdr theolrascal,

    Lebih satu purnama tuan tidak mengulit tinta.

    Cerita orang berebut kerusi menyedarkan kita bahawa khalayak/pengikut/penyokong sewajarnya tidak terlalu taksub kepada seseorang. Dalam kata lain, andainya kita adalah penyokong tegar pasukan Negeri Sembilan atau Selangor atau MU atau ……., kita sewajarnya akur dan mengagumi pasukan yang bermain lebih baik akan menang.

    Like

    • the ol' rascal

      ujang kutik,

      Haha.. ya agak lama juga blog ini tertidur.
      Bagaimanapun saya tidak pernah pula terlepas sebarang entri dari blog ujang kutik.

      Akhir akhir ini sedikit sibuk melayan acara acara keluarga dan baru baru ini telah dikurniakan cucu yang ketiga.

      Selain itu masih mengikuti kemeriahan politik tanah air kita, khas nya negeri pemastautin kita Selangor DE.

      Terima kasih. Agak nya bila agak nya tuan akan menimang cucu yang pertama…hehe.

      Like

  • Anonymous

    Sdr theolrascal,

    Insya Allah, November 14.

    Liked by 1 person

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: