grassy gerisek..

Anak wa tidak lagi akan tinggal di kolej kediaman universiti nya apabila semester baru bermula pada bulan September depan nanti.

Maka, sebelum bermula nya semester baru, wa harus menghantar pulang barang barang keperluan nya dahulu kerana bila tiba masa nya nanti dia perlu pulang bersendirian menaiki bas. Antara barang barangan itu adalah sebuah basikal. Ketika dia pulang nanti wa akan sedikit sibuk lantaran berderet deret anak buah yang akan melangsungkan perkahwinan.

Itu saja sudah cukup alasan untuk wa kembali memandu sejauh melebihi 700 kilometer sebelum pulang semula ke Port Klang. Di rumah sewa nya wa dapati kesemua basikal rakan rakan nya adalah dari jenis mountain bike wa pula telah membelikan nya sebuah jenis makcik! Paling kiri itu itu adalah basikal nya.

 

 Di lebuhraya mengarah utara di exit Pagoh tetiba terasa macam ada tanduk tumbuh di kepala wa lalu wa belok dan terus memandu menuju ke arah Segamat. Wa belum  pernah lagi sampai ke Bandar Segamat!

Melintasi Bukit Kepong wa dapati mereka telah membina replika baru Balai Polis zaman darurat dulu sebagi tugu ucapan selamat datang dan selamat jalan dari kampung bersejarah itu. Bagaimanapun Galeri Darurat Bukit Kepong masih lagi dalam pembinaan.

Hampir senja kami tiba dan bermalam di Bandar Segamat.

Pagi minggu itu berdekatan hotel penginapan  wa melihat aktiviti menangkap ikan di sungai yang air nya telah menjadi cetek akibat pembinaan jambatan jambatan baru dan pengubahan semula lanskap di sekitarnya.

Wa dapati Bandar Segamat amat berwarna warni. Gambar atas ini adalah deretan kedai wa rakamkan berdekatan dengan Dataran Segamat. Selepas makan tengahari kami menuju pulang melalui jalan lama dengan menyinggah di Bandar Muar dan Bandaraya Bersejarah Melaka. Menuju ke Muar wa melalui Kampung Gerisek dan berbesar hati memberi tajuk entri ini sebagai Grassy Gerisek tanpa ada apa apa yang terisirat di sebalik tajuk nya.. haha.

 

Berikut adalah antara gambar gambar yang kami rakamkan dari Menara Taming Sari sebagai kenangan peribadi.  Di sebelah tiang ada Bendera Malaysia itu kelihatan van tua wa ..haha.

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: