langkah langkawi..

Bersama adik wa sekeluarga, kami bawa ibu  ke Pulau Langkawi minggu lepas.

Si ibu tak seberapa teruja  wa pula yang terlebih lebih excited.

Kali terakhir wa melangkah ke Pulau Langkawi bersama ibu sudah pun hampir lima belas tahun yang lalu. Masa itu wa masih belum di lengkapi kamera apatah lagi jenis DSLR. Gambar di atas ini wa rakamkan di Perdana Quay di ikuti tiga gambar dari pantai di Teluk Burau dibawah.

.

Di Langkawi Geopark kami naik Kereta Kabel Gunung Matcincang. Bagaimanapun SkyBridge nya masih di tutup dan wa dapati kerja ubahsuai masih lagi dijalankan.

.

Di Kilim GeoForest Park pula kami juga menyusuri laut antara pulau pulau sehingga bertemu laut luas Andaman Sea yang bertentangan dengan daerah Satun di negara jiran Thailand.

Selain itu kami juga berkesempatan meneroka Gua Kelawar dan menyaksikan Eagles Feeding di situ.

.

Mana mungkin kami akan terlupa membawa ibu ke Kompleks Hj. Ismail Group. Lagipun ada dua orang lagi yang  tidak akan ke Langkawi jika tidak singgah di situ. Mereka adalah mem wa dan adik ipar wa.

Kerana usia nya yang sudah tua langkahan nya agak terkedek kedek, amat perlahan dan mudah penat lalu adik wa menyorong nya dengan kerusi roda. Namun setiba di bahagian pinggan mangkuk yang menarik perhatian nya tiba tiba dia terbangun sendiri terlupa langsung akan kerusi roda nya.. hehe.

.

.

Kemudian memandu mandu van yang di sewa  tanpa arah sebenar kami termuncul pula di Jeti Nelayan di Kg. Penarak. Gambar berikut wa rakamkan di situ.

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

3 responses to “langkah langkawi..

  • ujang kutik

    Sdr theolrascal,

    Kalaulah saya ada kamera hebat ini……..

    Like

    • the ol' rascal

      ujang kutik,

      Haha.. rasa nya tak ada ada pun tidak mengapa.
      Kamera dari smartphone boleh juga capture gambar yang tidak kurang juga menarik.

      DSLR akan selama nya menjadi kehendak tapi bukan keperluan.
      Bila sudah memiliki nya, kemudian kita akan tetap rasa kekurangan lagi.
      Kekurangan assesori nya pula.. lensa jarak jauh …sebagai contoh.

      Happy blogging…

      Like

  • Cinta Menora

    Adusss … hang buat lawak naa. sapa kata mami jalan terkedek-kedek ..? sebenaqnya mami belum jumpa tempat yg serasi dengan hati mami ni. bila dah jumpa, kirim salam laa pada kerosi roda …

    Like

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: