Sungai Merbok..

Minggu lepas wa berpeluang berada di Kompleks Galeri Hutan Bakau  & Jeti Semeling,  Sg. Petani, Kedah.

Berlatar belakang permandangan Gunung Jerai,   kompleks ini juga bersebelahan  Jambatan Semeling yang menjadi penghubung jalan darat ke Tanjung Dawai. 

Wa di fahamkan kemudian bahawa kita boleh menyewa bot bot di situ untuk menyusuri Sungai Merbok dan meneliti lebih kurang tiga puluh jenis tumbuhan dari spesis Bakau dan lapan puluh lebih spesis dan habitat burung liar.

Rasa nya di sini lah, Pak Usup Viking, yang kami berkenalan melalui mem masing masing yang bersahabat,  telah menambatkan bot nya yang di bawa dari Norway dengan tujuan ‘ mencari makan ‘ dan menetap terus di Malaysia. Namun mungkin akibat sambutan yang amat dingin terhadap usaha nya dan sektor perusahan itu sendiri dia kemudian membuat keputusan berpindah balik ke Norway membawa bersama bot nya sekali. Semoga wa berpeluang menemui nya lagi di masa hadapan.

Mungkin telah terlalu kerap berlaku maka Pihak Berkuasa Tempatan telah memasang papan tanda saperti di atas ini. Wa turun ke Jeti itu dan wa dapati benarlah ada ‘ upacara ‘ yang di maksudkan. Ada ‘ persembahan ‘ di situ saperti dalam gambar di bawah ini. Namun wa yakin ia bukan dilakukan oleh orang kita.

Tidak banyak perkara yang kami lakukan di situ selain melihat lihat keadaan sekitar dan wa merakamkan gambar. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Tanjung Dawai.

Lagu kita dulu dulu yang mendayu dayu .. alahaiii.