let it be..

Sudah sekian waktu berlalu sejak kali terakhir blog wa ini bersiaran. Jika ia nya tersenarai dalam blogroll  berdasarkan  most recent entry pastilah blog ini sudah berada nun jauh di bawah.. haha.

 

khairy_sepak1_M

 

Sungguhpun begitu wa pasti wa tidak terlepas dari sebarang entri baru dari blog blog yang wa ikuti.  Lama sejak Google  menamatkan segmen Google Reader nya wa telah beralih ke feedly.com . Sapertimana fungsi Reader,  feedly menyenaraikan segala site, blog, portal berita dsbnya yang kita ikuti dalam laman kita yang tersendiri.

Dan di rumah yang mempunyai anak remaja ketiadaan internet menjadi jauh lebih penting dari ketiadaan beras.. alahaiii.

Gambar Yb Khairy Jamaluddin sedang menguji tiang bendera sudut di atas itu telah menarik perhatian wa beberapa minggu lepas. Sapertimana para pembaca semua, wa juga menerima bermacam macam gambar melalui applikasi WhatsApp menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia diantara pasukan Pahang dan JDT tempoh hari. Dan kata mereka…

..kali ini Mat Yo betul betul bersalah.

Dan tamat lah sudah kemeriahan liga tempatan 2014  dengan sejarah nya pasukan wa Selangor  telah melepaskan tujuh bijik! gol di tangan Felda Utd.pada peringkat suku akhir.

Namun kita juga menerima berita yang anti-klimaks dalam dunia sukan negara. Setelah sekian lama menjadi pemain nombor satu dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) telah mengesahkan pemain kita di gantung kerana telah gagal dalam ujian doping. Wa tidak berapa pasti apakah kesan nya lanjutan dari pergantungan ini.

Adakah Lee Chong Wei betul betul bersalah..?

 

Lee Chong Wei of Malaysia poses with his All England Open trophy

Dalam diam muncul sudah bulan November.  November tahun 2014.

Di tempat kerja, mereka yang sebaya dengan anak wa masih memanggil wa yang sudah pun bercucu ini dengan pangkat Abang… ngeee.  Kata sahabat wa ..

” kalau lu bekerja lu akan sentiasa muda ”.

Kalau lu pun macam wa sudah tua, apalagi  bergumbira lah. Menjadi orang  tua itu  cool  sebenarnya. Bukan kah kita pernah muda tapi  mereka yang muda belum tentu akan merasa tua.  Orang muda tak akan paham orang tua maka kita orang tua usah susah susah nak paham mereka. Anggap lah diri kita selebreti tapi jangan lu jadi macam Pak Maun.   Tapi lu ..Pak Maun Moden sebenarnya, belek android  kemain lama mem lu ingat lu chatting dengan sesapa, rupa rupanya lu baca Quran. Tak ok ke..haha.

 

Kadang kadang kita let it be.. lah

 

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

11 responses to “let it be..

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: