mesmerising mersing..

Wa travel ke Mersing sabtu lepas.

Dari pekan Parit Raja di Batu Pahat di mana anak wa belajar, wa memandu melalui Pekan Air Hitam, melintasi Bandar Kluang , Kahang dan  Jemaluang sebelum tiba di Mersing.

Melintang dari sebelah sini ke sebelah sana ini adalah kali ke-3 wa lakukan. Dulu wa pernah melintasi dari Kuala Kangsar ke Lenggong, Gerik, Jeli  dan seterus nya Pasir Mas,  Kota Bharu hingga ke Tumpat di penghujung. Di tengah tengah semenanjung pula dari Pelabuhan Klang hingga ke Kuantan.

Gambar di atas dan di bawah ini wa rakamkan pada hari minggu, dalam perjalan pulang semula ke Parit Raja,  dari atas jambatan yang merentasi Sungai Mersing di tengah tengah Bandar Mersing.

Satu pemandangan arah laut dan satu lagi pandangan arah darat. Air sungai nya kehijauan dan berlokasi tidak jauh dari laut lebih menyerlahkan keindahannya lantaran tiada sampah sarap yang berselerak.

Setiba di Mersing  wa kemudian nya menyusur melalui jalan pantai menuju ke Pantai Air Papan hingga ke Telok Gorek. 

Air laut sedang surut ketika wa tiba petang Sabtu itu. Saperti biasa adalah wa rakamkan gambar gambar sebagai kenangan peribadi dan boleh juga dikira berkongsi dengan yang singgah di blog ini. Namun kalau lu sudah biasa di tapak wa ini lu akan perasan bahawa kebanyakan gambar yang wa sering paparkan ada lah Laut, Pengkalan Nelayan dan Sampan dan Sampan.

Buat yang sudi lah.. haha.

Kami bermalam di Pantai Air Papan. Dan gambar di bawah ini wa rakamkan ketika matahari terbit.

Pagi itu berseorang diri selepas melihat lihat kawasan sekitar, wa minum di gerai berdekatan. Di hadapan wa kemudian nya wa perhatikan seorang pengunjung warga emas di kelilingi cucu cucu nya. Dia kelihatan nya seolah dalam keadaan tidak keselesaan atau pun kesakitan. Kemudian nya dia keseorangan di tinggalkan cucu nya. Ibu mereka sedang membeli sarapan di gerai yang sama dengan wa. Pada perasan wa macam dia tidak enjoy berada di situ mungkin dia lebih selesa di rumah. Bila sudah tua ragam kesihatan kita berbagai bagai.

Wa pun tak tau macam mana pula diri wa kemudian hari nanti..

 

 

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

9 responses to “mesmerising mersing..

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: