sometimes..

Kini kita sudah pun berada di penghujung bulan Disember 2014.  Seperti biasa, ayat klise nya sudah tentulah .. ” cepat sungguh masa berlalu ”.

Ya, cepat sungguh masa itu berlalu. Dan masa itu tetap akan berlalu dan belalu tanpa menunggu akan sesiapa pun.  Jika boleh lah masa itu berputar kembali,  maka adakah kita semua akan dapat menebus dosa, kelalaian dan kesilapan lalu  dan apakah hari ini kita semua akan lebih berjaya ataupun sepatut nya berasa lebih berbahagia? .. haha.

Ada ahli ahli fizik yang bersoal soal dan mengkaji  samada..  ‘ masa itu juga satu dimensi ‘ ?  Dan di dalam misteri Bermuda Triangle,  dikatakan masa itu telah terhenti. Masing masing punya masa lah.. hehe.

 

Masa yang berlalu juga telah menunjukan petanda nya pada kucing jantan paling dominan di rumah wa.

Di rumah wa ada tiga ekor kucing jantan. Namun paling dominan adalah si Putih dalam gambar di atas ini. Dua ekor lagi sentiasa saja berendah diri tiap kali berseliseh dan akan seboleh boleh mengelak diri dari berkonfrantasi dengan nya. Namun dalam dunia kucing, kucing saja lah yang tahu bagaimana tahap keegoan nya seekor kucing jantan. Apabila pergeseran tidak dapat di elakkan berlaku lah pergelutan.

Medan pergelutan yang bermula dari dapur akan bersambung ke celah celah kerusi di bawah meja makan kemudian saperti kilat berlarutan hingga di belakang kerusi panjang di ruang utama rumah. Ketika itu mem wa akan menjerit jerit memanggil si ‘ tuan ‘ nya minta di leraikan segera. Tuan nya adalah anak wa yang sedang menjalani pengajian nya di Johor.

Sejarah nya, pada satu hari ketika di sekolah rendah dulu dia pulang dari sekolah mengendong seekor anak kucing betina yang amat kurus lagi comot. Lalu di berikan nama Pitt, kemungkinan sempena tahap populariti Brad Pitt aktor macho yang memuncak semula dan sering muncul di Astro.

Pitt, kemudian nya telah membesar dengan penuh kasih sayang sebagai se ekor kucing betina yang cantik. Mengenang kembali pembesaran Pitt, teringat wa akan momen momen  dimana wa pernah berasa bahawa anak wa ini sebenarnya menyangi kucing nya lebih dari diri wa ..alahaii. Berkat dari kecantikan nya satu hari itu kami perasan Pitt telah bunting. Aturan sejarah kemudian nya menyaksikan Pitt melahirkan  tiga ekor anak. Seekor dari nya telah mati selepas beberapa hari di lahirkan.

Seekor berwarna hitam berkilat dan mempunyai ekor panjang mengikut fizikal Pitt. Dan seekor lagi berwarna putih berekor kontot mungkin mengikut gene bapak nya si kucing jantan yang kami tidak kenal. Lalu kedua dua ekor anak kucing itu di beri nama mengikut warna mereka yang amat kontras di antara satu sama lain.

Sejarah juga merakamkan kemudian nya ketika si Hitam dan si Putih sedang membesar maka satu hari itu berlaku lah satu peristiwa yang amat tragis. Pitt di langgar oleh sebuah kereta berdekatan dengan rumah lalu dia mati di situ juga. Ada orang pula telah menolak nya dalam longkang. Kami mengambil mayat nya dari longkang dan kemudian mengebumikan nya di kawasan bertanah di selekoh jalan. Malam itu wa terdengar esakan dari bilik mandi. Anak wa telah menangis teresak esak atas pemergian kucing kesayangan nya.

Namun sejarah nya tidak tamat di situ saja. Pada satu hari itu si Hitam yang berbulu lebat dan cantik berkilat keluar rumah namun tidak pulang pulang sehingga lah ke hari ini. Puas kami mencari nya di sekeliling kampung. Sehingga hari ini jika dalam perjalanan pulang ke rumah jika terpandang kelibat kucing yang berwarna hitam di sekeliling kawasan kami, kami akan tertanya tanya samada itu adalah si Hitam kucing kami dulu.

Setelah menjadi kucing tunggal di rumah buat satu waktu yang agak lama maka semua kasih sayang telah  tertumpu pada si Putih seorang.. ehh seekor. Dia adalah taikor di kawasan perumahan. Pada satu masa itu banyak anak anak kucing yang baru muncul di belakang belakang rumah yang berekor kontot saperti nya. Pada ketika yang lain dia akan pulang dengan lumpur longkang penuh bersalut di badan akibat dari pergaduhan. Ketika ini mem wa akan menjerit sekali lagi meneriak tuan nya supaya memandikan nya sebelum langsir rumah terpaksa di turunkan.

Kini aktiviti lasak nya juga telah memberi  petunjuk, telinga nya telah sedikit robek  selain petanda betapa masa itu telah berlalu. Lepas makan dia tidur diatas bangku, kemudian dia keluar entah kemana. Status nya di hantar ke Tuan nya di Johor  melalui applikasi perantaraan Whatsapps.

Saingan si Putih di rumah adalah kucing jantan dari Kuala Lumpur yang dulu nya berstatus transit sementara  namun telah bertukar menjadi penghuni tetap. Sekor lagi adalah kucing jantan yang berekor kontot.

Selamat tahun baru 2015 kepada pembaca blog ini dengan ucapan .. Life, really is short and temporary, so be good, be happy ya..

Masa yang sudah lepas itu.. oh tak mungkin kembali lagi..

 

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

6 responses to “sometimes..

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: