pooh puyu..

Wa dan ahli keluarga buat trip memancing ikan puyu di Sabak Bernam minggu lepas.

Trip ini sebagai memenuhi rancangan asal untuk kembali ke daerah ini lantaran rancangan untuk misi bantuan banjir ke Pantai Timur telah menemui kegagalan kerana soal perancangan dan kesuntukan masa.

Namun kami ingin iringkan juga doa agar saudara saudara kita di sana tetap bersabar dalam menghadapi dugaan dari Allah swt ini serta beristaqamah dan teruskan lah berusaha dan lakukan yang terbaik serta ikhlas.

Di Sabak Bernam tuntutan  yang wa hadapi ialah untuk memastikan anak buah wa si Ikhmal yang berbaju merah ini berjaya mendapat  ikan dengan kail dan ditangan nya sendiri. Wa ini adalah Pak Ngah nya.. Kebolehan seorang Pak Ngah hampir sudah menyamai kebolehan Superman. Satu saja kekurangan Pak Ngah,  Pak Ngah tidak boleh terbang! ..alahaii.

Melihat dia memancing dengan tekun kerisauan wa makin memuncak jika usaha nya tidak berhasil.

Di lokasi pertama di antara ladang kelapa sawit itu parit nya berair jernih. Kita boleh nampak mata kail itu tenggelam dengan perlahan  dan ikan ikan yang menuju kepada nya. Adalah ahli yang berjaya menaikan puyu namun tidak segalak saperti yang di jangkakan.

Paling penting Ikhmal masih belum menghasilkan apa apa lagi.. Atas nasihat orang kampung kami beralih lokasi . Katanya kalau kita boleh nampak ikan, ikan itu juga boleh nampak kita .. haha. Maka ikan tu juga akan lari menyorok.

. .

Kami semua berpindah lokasi.

Di lokasi berikut nya adalah parit diantara ladang pisang. Air nya tidak lah sejernih lokasi pertama tetapi lebih dalam sedikit dan banyak rumpai yang mungkin menjadi habitat ikan puyu dan lain lain.

Keadaan di situ sungguh santai dan amat bersuasana. Ikan puyu juga kerap menyambar kail dan setiap kali kail di sambar dan di naikan hampir riuh sekampung mereka bersorak sorak. Apalah kata orang kampung, mungkin mereka tersenyum melihat gelagat orang luar yang telah muncul hari itu.

Wa masih memerhatikan Ikhmal yang sudah dua kali kail nya diragut tetapi masih gagal.

Akhir nya masa nya tiba juga.Ikhmal tiba tiba berjaya mengail ikan puyu dengan joran ditangan nya sendiri!!. Bertambah riuh di Kampung Tebuk Jawa, Sabak Bernam ketika itu. Ramai ramai kami sorakan kejayaan nya.

Lega nya wa… ahahaha.

Anak bongsu wa turut juga menempa kejayaan nya tersendiri.

Serta merta kami semua buat group photo sebagai kenangan di Sabak Bernam.

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

2 responses to “pooh puyu..

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: