welcome..

Tahun ini adalah Tahun Melawat Selangor.

logo tms baru

Sungguhpun wa anak Negeri Selangor tetapi kalau lu suruh wa rekomenkan tempat tempat yang menarik untuk lu datang melancong ke Negeri Selangor, wa pasti akan tergaru garu juga memikirkan nya. Jarang benar wa terdengar orang melakarkan rancangan percutian untuk ke Negeri Selangor.

Jika wa cadangkan lawatan ke Bandaraya Shah Alam maka perlu wa memberikan penekanan kepada keunikan Bandaraya Shah Alam jika mereka membandingkan nya dengan Bandaraya Melaka Bersejarah.

Apakah keunikan Shah Alam?.. itu lah soalan cepuemas nya.

Yang sering wa terdengar dari perbualan mulut ke mulut adalah kebanyakan mereka yang datang ke Negeri Selangor adalah kerana berhijrah atas alasan ekonomi, pekerjaan,  melanjutkan pelajaran, melawat kaum keluarga, sahabat handai, acara acara kesukanan dan berbagai bagai lagi urusan resmi. Sambil lalu mereka akan ‘tersinggah’ di tempat tempat persekitaran  sebagai ‘pernah pergi‘ dalam perbualan mereka kemudian.

Mungkin tarikan ke Bandaraya Ibukota Kuala Lumpur, serta pusat pentadbiran baru kerajaan Putrajaya  yang lebih gah dan terletak di tengah tengah diantara daerah daerah dalam Negeri Selangor sedikit sebanyak telah mendinginkan keinginan mereka untuk meneruskan penjelajahan ke daerah daerah itu.

Kalau wa nak rekomen agar lu melawat sawah padi di Sekincan dan di Sabak Bernam maka ia menjadi tidak siknifikan dengan Jelapang Padi Negeri Kedah yang juga mempunyai pulau lagenda nya Pulau Langkawi. Pulau Ketam di Negeri Selangor pula tidak juga zon bebas cukai.

Kalau lu ingin mandi laut di Pantai Morib maka wa sendiri pun pergi ke Port Dickson di Negri Sembilan. Semua pantai pantai di Negeri Selangor berlumpur dan air nya keruh secara semula jadi apatah lagi jika lu ingin bersnokeling.

Jujur nya itu lah yang berlegar legar di benak wa pada mula nya..

Namun setelah memperkatakan semua itu, maka tidak adil juga lah jika lu orang  tidak mengimbas website rasmi Tahun Melawat Selangor  terlebih dahulu dan meneliti apa yang boleh di tawarkan oleh Negeri Selangor dalam mission statement nya menjadikan pelancongan sebagai sunber pendapatan negeri.

Logo Melawat Selangor 2015 bagaimanapun membawa tagline berbunyi Terokai Selangor.  So,  lu orang terokai lah segala ceruk di Negeri Selangor ini,  mana lah tau lu orang akan terjumpa dengan keunikan keunikan yang belum lagi pernah tersurat yang mungkin boleh kita kongsi bersama.

Di bawah ini wa siarkan gambar yang dah banyak kali wa paparkan di blog ini. Satu permandangan pengkalan nelayan di Sungai Kembong, Pulau Indah, dalam daerah Pelabuhan Klang di mana bermastautin nya seorang blogger yang masih konpius samada dia masih muda atau sudah tua.

 

 Welcome to Selangor..

 

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

9 responses to “welcome..

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: