El Dorado..

Kehidupan di Pekan Sungai Lembing secara relatif nya kelihatan agak perlahan. Tidak banyak kenderaan yang bersimpang siur. Banyak kedai kedai lama bertutup dan banyak juga rumah rumah yang telah lama di tinggalkan.

Pekan Sungai Lembing boleh saja menjadi lambang ketenangan  sebuah pekan yang tidak memperdulikan segala pembangunan yang sedang berlaku di pekan pekan lain.

 

Ada dua pokok besar di tengah tengah pekan di antara deretan kedai kedai papan yang mempamirkan petanda bahawa ia telah pun berusia. Dua pokok besar itu pasti lah lebih berusia lagi melebihi deretan kedai kedai itu jika mengambil kira pekan itu mula di bangunkan oleh Orang Putih dalam tahun 1880’an.

Ketika zaman gemilang perlombongan bijih bawah tanah nya Pekan Sungai Lembing adalah pekan paling kaya di Negeri Pahang selain pernah juga mendapat jolokan sebagai El Dorado of the East. Itu adalah antara fakta yang wa baca ketika berpeluang berada di pekan ini dan membaca keterangan yang di pamirkan di bekas lombong bawah tanah yang kini menjadi salah satu tarikan utama ke pekan ini.

Sungai Lembing juga yang arus nya mengalir tenang menjadi pemisah di antara pekan dan beberapa perkampungan yang ada di situ lalu terdapat tiga atau empat jambatan gantung yang menghubungkan antara kawasan kawasan itu dengan pekan. Air nya jernih kehijauan namun masih terdapat juga sampah sarap dimana ia melalui kawasan rumah rumah yang dibina agak hampir di tebing nya.

Melihat pada papan tanda dan rupabentuk dan hiasan jelas lah kebanyakan kedai kedai itu kepunyaan orang cina yang mungkin mewarisi nya dari datuk dan moyang mereka yang menjadi pelombong di lombong yang terkenal itu.  Namun terdapat juga dua tiga buah kedai orang melayu yang menjadi tumpuan penduduk melayu setempat.

Antara nya adalah kedai Satay Sungai Lembing di bawah ini..

Wa bersama para rascals  bersarapan di kedai Satay Sungai Lembing ini sebaik turun dari pendakian Bukit Panorama. Mee goreng nya sedap giler .. best in the world, sambil wa bilas dengan tegukan kopi o panas di pagi yang dingin itu.

Bukit Panorama tidak lah setingggi mana buat anak muda yang sihat tubuh badan. Ketinggian 320M itu hanya lah mengambil 30 minit lebih kurang untuk sampai ke kemuncak nya tapi wa terhegeh hegeh lebih dari satu jam baru sampai itu pun dibantu dengan laluan mudah di tambah lagi hampir tujuh puluh peratus laluan sudah bertangga.

Di kemuncak itu kita dapat nikmati permadangan skyline gunung ganang di sekitar. Selain itu kita juga dapat melihat lingkaran Sungai Lembing dan pekan nya. Wa mengambil kesempatan merakamkan sedikit gambar yang terpapar dibawah sebagai siaran di blog ini.

Pada daun daun yang berguguran.. and i said to myself .. what a wonderful world..

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

2 responses to “El Dorado..

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: