a grandfather’s story..

A picture is worth a thousand words.

Kata mereka, sekeping gambar  mampu saja bercerita sehebat penggunaan beribu perkataan. Lalu wa paparkan gambar diatas, maka wa kira itu lah cerita wa. The story of a grandfather… haha.

Untuk beberapa ketika wa perasan blog blog non-sopo yang wa ikuti sudah pun melalui satu fasa hibernating. Agak nya apa lah detik perubahan dalam kehidupan yang sedang di lalui oleh para blogger blogger kita itu kini.

Perlukah wa pergi jauh untuk bertanya sedangkan jawapan nya sudah pun terjawab dari blog wa ini sendiri yang juga melalui  fasa yang sama… haha.  Sudah sekian waktu juga demi ‘menghidupkan‘ nya wa hanya memaparkan beberapa keping gambar tanpa menaruh satu daya pun  pada ‘penulisan kreatif’ nya.

Namun bertentangan dengan blog blog yang mengisahkan kehidupan dunia kita yang fana ini, blog blog sosial-politik pula melalui  kerancakan isu 1MDB seolah seekor singa lapar baru saja terbangun dari tidur.

Drama politik tanahair kita mana lah pernah tidur. Sebaik tamat pilihanraya kali ke-13 mereka sudah pun  bercakap pasal pilihanraya ke-14!

Sudah tentu kita juga terlibat walaupun kita bukan ahli politik secara langsung tetapi kerana kita adalah Rakyat Malaysia. Bukan kah mereka selalu sebut kata kata keramat ‘ demi rakyat ‘? Bukan demi kitakah itu? ..ahaha.

Maka demi kebenaran dan demi rakyat itu lah kita juga ikut berdebat  ..heeehehe.  Kedai kopi, pejabat, berandah masjid, semua jadi medan parlimen kita.

Manakala mereka mereka di parlimen berdebat di bayar gaji dan mereka semua boleh dikatakan berada.  Kita yang sudah pencen berdebat penuh emosi,  cukup bulan duit api, duit internet kena bayar juga, silap silap sahabat kita menjauh diri dek tidak sehaluan prinsip politik dengan kita.

Apa saja boleh jadi viral di laman laman sosial media kini. Kebenaran dan kebatilan bercelaru tidak lagi penting  di mana kedudukan nya.

Antara kisah drama politik yang ingin wa lihat penyudahan nya tetapi tidak kesampaian satu ketika dulu adalah bagaimanakah agak nya kehidupan mereka mereka yang di dapati bersalah dalam saman fitnah RM100 juta, yang seringkali di failkan di mahkamah.

Yang menyaman seorang politikus  jutawan yang di saman juga jutawan. Di penghujung kes, yang di perlukan hanya lah satu kenyataan kema’afan. Lu mahu gelak atau mahu menangis terpulang lah. Baik baik lah menulis blog jangan sampai terfitnah ahli politik. Bankrap lu nanti, dunia akhirat.

Berbalik kepada kisah grandfather’s story yang wa cakap tadi, wa ingin bertanya adakah lumrah  pattern kehidupan atau karektor tegar semula jadi seseorang itu boleh berubah serta merta dikala dia menjadi seorang datuk?

Sebagai contoh, kata mereka jika dulu nya, dia itu punya lah kedekut hingga tahap kronik.  Maka setelah mempunyai cucu  dia berubah.  Apa saja kehendak cucu, laju saja capai dompet.. haha. Jadi pemurah. Tak tau lah,… wa saja saja sembang..

Kemudian itu, ada juga datuk  datuk yang  IT savvy,  ada blog! aktif pulak berFacebook.  Instagram usah cakap lagi lah, penuh posting gambar cucu.  Weiii.. itu bukan wa cakap ya , itu  follower dia yang cakap.. ekeke.

Juga kata mereka lagi, si cucu akan jadi spoil, jika seseorang cucu itu tinggal bersama datuk dan nenek.

Dulu, jauh sebelum jadi datuk, nak bagi lesson learnt pada anak, tanpa was was terus  zappp!!,  libas dengan rotan atau tali pinggang atau penyangkut baju yang mana tercapai dulu.

Kini pada si cucu,..jangan lu sentuh…heeeehehe.  Si cucu jadi raja, mak bapak tak berani rotan, nanti atuk nya murka!..haha.

Namun di sebalik segala kelucuan perubahan karektor  mendadak seseorang yang menjadi datuk, mereka juga sebenarnya terlihat akan jarak kehidupan mereka yang semakin pendek.

Mem kita yang otomatik seorang nenek, tidak juga membantu, asik saja mengeluarkan statement …ingat ingat sikit, awak tu dah tua..bang

Wa tidak lah berada jauh sangat dari blog ini sebenar nya. Namun saperti kata orang ..so near yet so far.. itulah kes nya.

Hingga kita berjumpa lagi wa ambil kesempatan mengucapkan Selamat Maju Jaya pada para pembaca blog ini.

Port Klang. 
August 10, 2015.

Advertisements

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

9 responses to “a grandfather’s story..

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: