datuk terbaik..

Hari ini wa tergerak pulak mahu menulis namun wa terfikir fikir juga sebenarnya..

Jika wa menulis mengenai  Hari Kemerdekaan negara kita, maka  apa yang akan  tertulis nanti pasti lah tidak akan dapat berjauhan dari sesuatu yang telah di ulang ulang.  Sudah 58 kali  kita menyambut Hari Kemerdekaan lu ingat apakah lagi lah yang belum tertulis..  hahahaha.  Pastilah membosankan,.. bosan tahap gaban, kata mereka mungkin.

Maka jika wa yang sememang nya bukan lah seorang penulis prolifik ataupun paling kurang seorang individu yang pernah berada di Stadium Merdeka ketika Tunku Abdul Rahman melaungkan kata kata keramat..

Merdeka!   Merdeka!    Merdeka!

itu,  lebih baik sajalah wa tulis  kisah .. kisah kisah terpinggir,   ..err kisah ” bagaimana mahu  menjadi seorang datuk yang terbaik di dunia ”  sebagai contoh  ..huaaahahaha.

Tetapi jika wa tulis pulak mengenai kisah kisah politik mungkin juga lu orang akan membaca nya sehingga tamat.. ngeee.

Ya, paling kurang lu orang dapat mengetahui  arah mana condong nya blog ini. Atau sekurang kurang nya pun lu orang  dapat menilai tahap ketepatan maklumat di antara yang wa paparkan dengan apa yang lu percaya kepada kebenaran nya yang sebenar.

Weii… makin berat ni ..hehee.

Namun sebagai seorang yang sudah amat dewasa semua datuk datuk  adalah seorang amat sensitif sebenarnya. Datuk datuk amat sensitif pada segala perkara yang berlaku di dalam negara  jika ia nya tidak selari dengan apa yang telah di asaskan atau bertentangan dengan prinsip  yang mereka yakini akan kebenaran nya. Fullamak.. berfalasampah wa ..kekekeke.

Weiii … jika lu orang semua adalah seorang datuk yang sedang bersemangat tinggi mengikuti setiap perkembangan politik semasa dengan begitu terperinci sekali, ingin wa nasihatkan lu supaya memeriksa tahap tekanan darah  lu sekerap mungkin. Tidak kira lah di sebelah mana pagar  lu orang sedang berdiri, atau T-shirt warna apa yang lu orang pakai, politik tanahair kita kini, pasti ada saja lah yang akan membuat darah lu orang mendidih.. ekeke.

  Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan negara kita… kali ke- 58.

About the ol' rascal

Once , a lead student of Kelas Malam. View all posts by the ol' rascal

comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: