the green grass of home..

Hari Sabtu kami daki Bukit Broga.

Tanda tanda kesan dari kebakaran yang berlaku beberapa minggu lepas masih kelihatan.

.

Maka,  tiada lah lalang  yang lebih cantik dari yang berada di Bukit Broga..

.

.

Dalam perjalanan turun kami berjaya mengutip dua setengah karung, sampah yang di tinggalkan oleh para pendaki.

.

Lalang lalang di Bukit Broga juga sudah semakin hijau..

.


lagu zaman..

Perkahwinan anak buah, membawa wa dan Rombongan Che’ Kiah wa ke Selatan tanah air pada cuti Tahun Baru Cina.

Acara persandingan yang di adakan di Parit Karjo itu berdekatan pula dengan Parit Raja di mana anak wa belajar dan secara kebetulan dia juga perlu pulang semula setelah bercuti selama sebulan. Kekerapan merayau rayau  di daerah daerah ini menjadikan wa Ketua Rombongan secara otomatis tanpa perlu di pertandingkan lagi.

Peserta rombongan Che Kiah wa juga ingin mengambil kesempatan melawat Tanjung Piai yang pernah wa ceritakan pada mereka sebelum ini.  Lalu petang Jumaat itu wa bawa mereka ke Taman Negara Tanjung Piai yang berjarak 97 Km lagi ke lokasi paling Penghujung Selatan Tanah Besar Asia.

.

.

.

Peserta rombongan Che’ Kiah wa sedang menyusur sebahagian  laluan di sepanjang kawasan Taman Negara Tanjung Piai itu.

.

.

.

.

.

Tengahari Sabtu itu kami mengiringi kedua dua mempelai  ke acara persandingan dengan iringan paluan kompang.. kelepak kelepak…kelepung kelupung. Wa tak pasti kalau di suratkan ada kah ia berbunyi begitu.

Pihak pengantin lelaki menyediakan hidangan Nasi Beriani Gam. Melekat sungguh. Gambar nasi nya saperti di bawah ini. Lu tenung lah betul betul.. hehe.

.

Pengacara Majlis.

.

Tamat saja acara,  ahli ahli rombongan Che Kiah wa pun minta diri berundur dengan iringan doa agar kedua dua mempelai akan kekal berbahagia sehingga ke anak cucu.  Rombongan kemudian meneruskan perjalanan pulang dengan singgah dan bermalam di Pengkalan Balak, Melaka.

Dan di Pengkalan Balak, wa macam biasa lah akan merakam kan gambar gambar sampan, sampan dan sampan. Sekian kali nya wa siarkan buat yang sudi menatap nya..

.

.

.

Maafkan lah hamba andai ada terkurang adatnya…


El Dorado..

Kehidupan di Pekan Sungai Lembing secara relatif nya kelihatan agak perlahan. Tidak banyak kenderaan yang bersimpang siur. Banyak kedai kedai lama bertutup dan banyak juga rumah rumah yang telah lama di tinggalkan.

Pekan Sungai Lembing boleh saja menjadi lambang ketenangan  sebuah pekan yang tidak memperdulikan segala pembangunan yang sedang berlaku di pekan pekan lain.

 

Ada dua pokok besar di tengah tengah pekan di antara deretan kedai kedai papan yang mempamirkan petanda bahawa ia telah pun berusia. Dua pokok besar itu pasti lah lebih berusia lagi melebihi deretan kedai kedai itu jika mengambil kira pekan itu mula di bangunkan oleh Orang Putih dalam tahun 1880’an.

Ketika zaman gemilang perlombongan bijih bawah tanah nya Pekan Sungai Lembing adalah pekan paling kaya di Negeri Pahang selain pernah juga mendapat jolokan sebagai El Dorado of the East. Itu adalah antara fakta yang wa baca ketika berpeluang berada di pekan ini dan membaca keterangan yang di pamirkan di bekas lombong bawah tanah yang kini menjadi salah satu tarikan utama ke pekan ini.

Sungai Lembing juga yang arus nya mengalir tenang menjadi pemisah di antara pekan dan beberapa perkampungan yang ada di situ lalu terdapat tiga atau empat jambatan gantung yang menghubungkan antara kawasan kawasan itu dengan pekan. Air nya jernih kehijauan namun masih terdapat juga sampah sarap dimana ia melalui kawasan rumah rumah yang dibina agak hampir di tebing nya.

Melihat pada papan tanda dan rupabentuk dan hiasan jelas lah kebanyakan kedai kedai itu kepunyaan orang cina yang mungkin mewarisi nya dari datuk dan moyang mereka yang menjadi pelombong di lombong yang terkenal itu.  Namun terdapat juga dua tiga buah kedai orang melayu yang menjadi tumpuan penduduk melayu setempat.

Antara nya adalah kedai Satay Sungai Lembing di bawah ini..

Wa bersama para rascals  bersarapan di kedai Satay Sungai Lembing ini sebaik turun dari pendakian Bukit Panorama. Mee goreng nya sedap giler .. best in the world, sambil wa bilas dengan tegukan kopi o panas di pagi yang dingin itu.

Bukit Panorama tidak lah setingggi mana buat anak muda yang sihat tubuh badan. Ketinggian 320M itu hanya lah mengambil 30 minit lebih kurang untuk sampai ke kemuncak nya tapi wa terhegeh hegeh lebih dari satu jam baru sampai itu pun dibantu dengan laluan mudah di tambah lagi hampir tujuh puluh peratus laluan sudah bertangga.

Di kemuncak itu kita dapat nikmati permadangan skyline gunung ganang di sekitar. Selain itu kita juga dapat melihat lingkaran Sungai Lembing dan pekan nya. Wa mengambil kesempatan merakamkan sedikit gambar yang terpapar dibawah sebagai siaran di blog ini.

Pada daun daun yang berguguran.. and i said to myself .. what a wonderful world..


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 156 other followers

%d bloggers like this: