dendam wa…

Wa tengah excited gile akan kemenangan pasukan Malaysia mengalahkan pasukan Myanmar 1 – 0.  Perasaan  ” dendam ”  wa seolah berbalas.

‘ Malaysia menang laa…padan muka lu weiii..”

Tapi dendam wa ini bukan di tujukan pada pasukan Myanmar tapi pada segelintir rakyat tuan rumah Indonesia. Mereka  tak habis2 saperti sengaja cari pasal dengan kontijen pasukan kita Malaysia.

Bermula pada perarakan pada acara pembukaan mereka  ” memboo ” dan terbawa2 hinggga ke ape acara sekalipun yang melibatkan pasukan Malaysia.

Wa tak paham lah dengan segelintir mereka ni …sentimen kebencian mereka pada kita meluap luap wal hal kita ni dah kira jiran yg cukup baik lah mengambil kira berjuta2 rakyat mereka mencari rezeki di Malaysia.

Lepas habis game Malaysia – Myanmar tu wa ingat nak tunggu gak game Indonesia – Vietnam. Niat wa nak bagi sorakan pada pasukan Vietnam pulak. Tapi sebab ada hal..wa keluar ngan mem.

Wa sudah mula rasakan yang  sorakan2 wa dari rumah wa  di kg. pendamar ni rupe nye sampai nun ke Stadium Gelora Bung Karno tu. Contoh nye ketika saat2 penyerang Malaysia berada di kawasan penalti Myanmar. Wa jerit….

” Apa lagi!! …shoot!!…shoot!! ”

Player kita seolah2 terdengar teriakan wa….dia shoot. MasyaAllah …GOL weiii. Kita menang dan masuk final weiii….ekekeke…

Dalam perkembangan lain, awal minggu lepas di Jakarta sebilangan gabungan pelajar dari beberape universiti mengadakan demonstrasi membantah dan meminta gandingan pentadbiran SBY- Boediono supaya meletakan jawatan.

Mengadakan demonstrasi dalam negara demokrasi perkara biasa lah. Apa nak heran lagi. Tapi yang  buat wa rasa letih sangat tu pasal depa lontar najis manusia yg ditaruk dalam beg plastik.

Weiii..ape punye standard mentaliti pelajar universiti,..masa  demonstrasi lempar2 taik. Dulu masa mereka demonstrasi depan kedutaan kita pun mereka lempar taik juga. Weii…lu belajar punye tinggi sampai universiti…taik manusia saja kaa yang lu boleh pikir…ekeke..

Lalu wa dapat berita keputusan kemenangan Indonesia 2 – 0 keatas Vietnam. Ini bermakna pasukan Malaysia akan sekali lagi berdepan dengan kegilaan 100,000 penyokong tuan rumah.

Selain itu wa menerima juga  berita tuan rumah sudah mengutip pingat emas nye yang ke 100 petang tadi.

Tapi wa tau walau seribu pun pingat emas tetapi masih tidak bermakna pada mereka jika pingat emas acara bolasepak tidak berjaya mereka terima. Jangan harap laa..sih.

Itu lah yang nak wa lakukan isnin nanti, mengecewakan mereka. Wa akan ‘‘ coach ” pasukan Malaysia kita melalui tv dari rumah. Wa harap player akan dengar bila wa jeritkan…

” haa…kanan …kanan kosong..”  

” pass…pass..kiri..”

”..shoot ….SHOOT..”

Nanti bila Indonesia lu kalah,… lu orang jangan lempar taik pulak haa..

Kerana pingat emas yang sebijik ni seolah olah pingat emas ke 101 jugak buat kami di Malaysia!!

4 thoughts on “dendam wa…

  1. Sdr theolrascal,

    Bukan sahaja saya tetapi saya juga yakin kebanyakkan rakyat Malaysia tertanya-tanya kenapa Si Indon marah dan dendam sangat dengan Malaysia. Padahal rakyat mereka bebas sebebasnya di sini.

    Mereka tuduh kita Maling(Pencuri)!Siapa yg maling? 8 dari 10 kejadian jenayah di kalangan pendatang dilakukan oleh Si Maling Indon!

    Malangnya, kita masih sabar walaupun terpaksa naik kereta kebal. Mana ada di dunia ini pemain bolasepak naik kereta kebal?Kita tetamu yang sepatutnya dihormati.

    Bayangkan andainya YAB PM kita juga naik kereta kebal dari hotel ke dewan persidangan di Bali!

    Mungkin pada kita ini perkara kecil yang tidak memerlukan tindak balas.
    Di peringkat kerajaan mungkin benar. Bagaimanapun, di peringkat bawahan perkara ini tidak sepatutnya dibiarkan tanpa tindakan.

    Di mana pahlawan-pahlawan Perkasa yang selama ini selalu bersilat dan menggunakan jurus jarak jauh? Di mana pahlawan-pahlawan Pemuda UMNO?Di mana pejuang-pejuang muda PAS? Di mana soldadu AMK PKR? Adakah kamu telah letih berkelahi sesama sendiri sehingga lupa mempertahan maruah negara bangsa?

    Like

comment.