wa pi kedah nooo..

Salam….

Di sebelah kiri yang tengah mendepangkan tangan  itu ia lah Hj.Yusuf. Dia sedang buat lawak dengan para tetamu nya  yang menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan nye.

Hj. Yusuf  sepupu wa ni, atau Abang Usop saperti yang selalu wa panggil sejak dari kecil, mengadakan majlis perkahwinan anak nya itu di perkarangan Masjid Iskandar Tempawan. Masjid ini pula kebetulan terletak bersebelahan dengan rumah nye di Lorong Masjid di Alor Setar nun di sana nuu.

Di sebelah kanan itu pula ada lah Hj. Ibrahim.  Hj. Ibrahim ni pulak ada lah siak Masjid Amaniah di Batu Caves. Isteri Hj Ibrahim ini pula adalah sepupu wa. Dia pun sapertimana wa datang dari jauh untuk menghadiri majlis Hj. Yusuf ni. Kedua dua Hj.Yusuf dan Hj. Ibrahim sudah lama pencen. Gigi depan mereka pun wa perasan sudah semakin kurang ..hu hu…huhu..huuaaaaaaahahaha.

Walaupun wa gelak,  wa juga tau yang wa ni sebenarnya pun menunggu giliran juga ..ekeke.

Hj. Ibrahim sedang membantu Hj.Yusuf di khemah menyambut tetamu nya. Apabila Hj. Yusuf bersalam, Hj. Ibrahim pula akan menghulurkan ‘sijil penyertaan ‘.

Hj. Yusuf memberi buku surah yassin, doa dan tahlil sebagai ‘buah tangan’ kepada tetamu nye yang di isi didalam sampul.  Kalau ada yang bertanya, apakah yang di beri nya itu, dia akan berkata…

” haa..ini sijil. Baca haa…jangan tak baca..”

Di majlis itu selain hidangan nasi beriyani, bubur kacang menjadi hidangan sebagai desert. Caterer dia juga menyediakan apam balik yang di masak secara lansung.

Banyak juga sambutan pada apam balik ni sebagai pencuci mulut. Belum sempat masak sudah di hulurkan pinggan kosong dari mereka sedang yang menunggu.

Di khemah menyambut tetamu tu wa sertai juga lah kedua dua Abang Haji wa ni sambil mereka bermesra dengan tetamu yang baru tiba dan yang akan pulang. Apabila tetamu bersalaman dengan Hj. Yusuf dan Hj. Ibarahim mereka juga akan bersalaman dengan wa. Sudah tentu wa turut sambut dan hulurkan tangan bersalaman dengan senyuman..ecewahhh.

Walau bagaimanapun di majlis itu pengantin tidak melakukan acara bersanding. Lepas makan adab-adab pengantin pun turut  bersalam salaman dan bermesra tetamu serta sanak saudara.

Wa turut juga merasa kemeriahan majlis itu dan turut merakam  beberapa keping gambar dengan kamera handphone cap ayam yang kualiti gambar nye ..lu paham saja lah.

Petang tu, setelah majlis  kelihatan sudah sedikit reda wa dan rombongan wa pun memohon meminta diri. Hj Yusuf mempelawa kami bermalam di rumah nye. Wa cakap pada dia …

”..takpa lah .. lagipun dah mai dari jauh ni ingat nak pi ronda ronda sedikit  sebelum balik noo..” 

Lepas majlis tu dah sayup sayup  wa tinggalkan,.. tanduk explorer kat kepala wa pulak mula muncul.

” lepas kita pi muzium padi ni kita pi pekan rabu pulak noo..”

Ini gambar rumpun padi yang menjadi hiasan dalam kolam depan muzium tu.

Lu tengok ada yang masih hijau walaupun di kedah keseluruhan nya tanaman padi sedang di tuai.

Ini adik wa..

Dia dan isteri nye tengah mengkagumi lukisan dalam muzium.

Kata isteri nye …

pandai nye mereka lukis…macam real lah..

wa ingat nak bagi surprise kat kakak berdua dalam pondok tengah sawah ni..

..kang menyaut pulak patung ni kang ..naya pulak wa..

Kemudian selepas melawat  Muzium Padi, wa pi la bawak depa semua ke Pekan Rabu. Di Pekan Rabu itu mem wa dengan ipar dan ibu wa rayau la mencari apa yang patut di beli. Wa pula adik beradik dengan bapa wa hanya menunggu di luar sambil pekena teh tarik.

Seketika kemudian mem, ipar dan ibu wa ni keluar,  wa tengok mereka menjenjet beg beg plastik. Apa mereka beli wa pun tak pasti sekejapan saja kadar nya tidak saperti biasa. Mem wa merungut ..panas suasana  dalam bangunan Pekan Rabu itu, berbahang, katanya.

Kemudian  itu sebelum mereka lontar soalan pada wa hendak kemana selepas ini, wa terus umumkan, jom kita pergi melawat rumah kediaman mantan Perdana Menteri yang sudah gazet sebagai muzium.

Beberapa kali wa terpaksa buat u-turn sebelum kami berjaya sampai. Malang nye pintu pagar di tutup. Rupa nya kami agak lewat, visiting hour nya dah over

wa sorang2 je turun kereta ..

nak puaskan hati wa berselfie depan pagar tu..

…ngeeeee..

Kemudian kami terus saja memandu arah Selatan walaupun  rasa keadaan  sudah agak lewat untuk satu perjalan terus pulang ke Kuala Lumpur . Kami bermalam semula di Sg. Petani malam itu sebagaimana semasa dalam perjalanan ke Alor Setarsemalam

Pada keesokan nye wa berkesempatan menemui seorang lagi Yusuf. Dia ada lah Pak Yusuf  ”mat viking”  yang lu boleh tengok gambar wa bersama nye dulu  kat side bar blog ini. Isteri beliau warga tempatan adalah sahabat mem wa.

Di lobi hotel, sementara mem wa berbual dengan mem dia,  wa kenalkan jugak Pak Yusuf  ‘viking’  dengan famili wa. Saperti mana kehidupan tipikal seorang viking Pak Yusuf juga tidak boleh berpisah dari laut. Bila dia pindah ke Sg. Petani dari Norway, dia turut membawa  bot nya pindah di sini. Kata nya, bot nya berkuasa kuda 109hp.

”..ada kesempatan , satu hari nanti jika kelapangan wa nak jadi viking, melalak di laut di Andaman di hujung Kedah  nuu  …boleh, kan pak usop..?”

Lepas tu dengan biras adik wa . Kami cadangkan kami ke Kuala Muda.

Wa tak pernah lagi sampai ke daerah sebelah sini. Setelah berbual bual akan  peristiwa  kampung yang di landa Tsunami dulu perasaan nak melihat nye menerkam nerkam jiwa wa…ekekeke.

Itu replika sampan yang bertimpap antara satu dengan yang lain.

Ia melambangkan betapa besar nye bencana Tsunami yang telah melanda. Beberapa buah rumah telah di biarkan kosong dan penghuni nye telah di berikan rumah yang baru sebagai ganti.

Wa lihat ada bendera kedua dua parti politik saperti berebut rebutdi pacak pada sudut2 replika tersebut.  Alahaiii…sungguh mencacatkan permandangan.

Cantik permandangan kampung depa ni..

Lepas tu wa pi naik atas lagi ke pengkalan nelayan..di muara sungai yang memisahkan antara Pulau Pinang dan Kedah.

Depa kata ini pasar ‘‘ bisik bisik ”..

Para pemborong membida hasil laut dari nelayan dengan cara berbisik bisik.

Hasil mereka akan di jual pada pembida paling tinggi. Wa tengok sungguh pantas proses ini berlaku.

Ketika wa berdiri di situ ada gak nelayan ni datang kat wa ingatkan wa pun nak bisik bisik membida. Wa cakap….

”  mana ade …takde ..takde ..mana ade ..”

wa mai nak tengok je..

Kemudian selepas itu wa berpatah balik pi Pantai Merdeka .

Cantik pantai ni kerana pada penghujung nye ia berlatar belakang kan gunung Jerai. Tapi pantai ni pun wa tengok pun terlalu sesak dengan terlampau banyak gerai. Di hujung sana wa perasan kebersihan dah macam kurang terkawal akibat dari mereka2 yang datang untuk berkelah .

Nun di seberang tu mereka kata adalah Tanjung Dawai.

Kita boleh kesana dengan menaiki bot penambang dari Pantai Merdeka ni.

Lalu wa kata ….

..jom lah kita pi sana .. ape tunggu lagi …kat mana bot nye?..

Seketika merentas lautan dengan bot wa pun sampai kat jeti Tanjung dawai. Mem wa pulak tak nak ikut sebab dia takut nanti pening dek ombak laut.

Sampai pekan tanjung dawai wa pi la teroka pekan kecil ni sorang2..

Kerja kerja membeli ni wa serah pada ipar wa..bagaimana pun ada wa sebut akan ikan sepat ronggeng sapertimana seseorang ada sampaikan pada wa…

Wa lihat berbondong jugak yang adik dan abang wa tu jenjet..

Bagaimana pun setelah di audit ..sepat ronggeng yang sebelum ni asing bagi keluarga wa hanya lah di beli dua bungkus saja.

Tanjung Dawai kami tinggalkan.

Kami makan tengahari masakan rumah ..rumah ipar adik wa..

Kari ikan pari bersama ulam pucuk gajus  dengan sambal belacan..wa melantak dua pinggan. Tak sempat pulak wa nak snap gambar nye dek melayan perut yang dah lapar gile..ekeke.

Petang tu wa pandu semula arah Selatan…

Tiba di Butterworth  ternampak pula papantanda dengan logo Jambatan Pulau Pinang. Di simpang itu wa terus belok arah jambatan.

Wa singgah  Pulau Pinang weiii..

Wa tengok skyline Penang dari jauh dah macam Hong Kong pun ada ada jugak.

Bagaimanapun tidak banyak aktiviti wa lakukan di Penang selain berehat pekena teh tarik. Rata rata kebersihan di restoran mamak, tahap kebersihan nya amat rendah. Wa tengok kat kedai kawasan nasi kandar line clear tu lantai nya macam tak berapa nak clear.  Berdaki!…weiiii…

Kemudian  kami terus drive keluar ke Tanah Besar.

Kemudian kami dah santai santai cruising Lebuh Raya Utara Selatan. Kami sudah bercadabg akan bermalam di rumah abang wa di Tanjung  Rambutan.

Abang wa adalah anggota Polis di kem Ulu Kinta. Di rumah nya wa persan akan gambar terpampang di dinding.  …dia macam sudah pun mendapat pingat ..hehe.

Macam wa juga lah, …hari tu wa pun dapat sijil perkhidmatan 20 tahun..tokay wa bagi…ekeke

Wow..murah lagi sara hidup kat pekan kecil Tanjung Rambutan ni…Kuih muih masih ada lagi yang berharga 20 sen..

Pagi tu wa perasan kuih muih nya pun comel menyelerakan

Lu tau kan Tanjung Rambutan pekan dia memang lah kecil ..hehe tapi nama dia besar weiii…Dulu banyak kali nama pekan ini di sebut2 dalam filem..

Wa suruh abang sarjan wa tu bawak kami pi melawat  Hospital Bahagia ..hehe.  Kebetulan Hospital ni meraikan Ulang tahun ke 100.

Haa…ini bahagian pesakit yang berisiko tinggi..berpagar double fencing. keika ini pesakit berada di dalam ward. Wa tengok kawasan laman nye indah sekali dan kemudahan nye juga sudah banyak di pertingkat.

Bagaimanapun wa harap jangan ada antara kita yang sampai kena admit kat mental hospital ni ya…seliseh seliseh.

Lepas keluar dari kawasan hospital kami terus saja memandu pulang arah Kuala Lumpur.

Ni …wa  masih lagi merawat keletihan ni..esok dah kerja semula pulak..

”…adeh …deh ..deh.. lenguh nye badan wa ni..esok nak kena gi keje jugak ke nii..”

Good night ,  world.

9 thoughts on “wa pi kedah nooo..

  1. Ahahaha…tu aar x tanya si sepat r0nggeng i..hehehe…sedap
    .kannnn?? x cuba x taw kesedapan ikan sepat r0nggeng…kal0 dpt yg fresh lagik besh masak kari ngan ubi kemili..taw? hehehe alaa ubi yg tecik2 tuh…x henggat sedap dia.. 🙂

    xper nxt tyme plan baeekkk nyer gi mancing…hehehe..

    Like

  2. W0hoo!! balik kg wa tu bai….
    hehehe…next time kal0 ader ghaser nk g mancing
    r0ger let me kn0w leh bawak g p0rt tmpat me always g0 fishing wth my siblings…nek b0at lagik…sna tmpt ikan jenahak m kerapu main2..
    mmg besh..

    neway..sepat r0nggeng haa… ekekeke merci 🙂

    Like

    1. Pak Mail,

      Saya pun begitu Pak mail..
      Selagi ia bukan tempat kebiasaan saya ..saya pasti teruja.
      Nak nye kita ke situ bukan kerana urusan kerja…

      ..ekeke..macam merayau2 laa…

      Like

comment.